Salam.. baru selesai makan malam, berkongsi hidangan dengan suami. 'Tapau' aje, bukan masak sendiri. : ) Tapi, kebelakangan ini, aku selalu rasa tak sedap hati. Kalau boleh aku mahu elakkan makanan yang dibeli tapi kadang-kadang terpaksa jua kerana masa tak mengizinkan. Bukan kita tahu bagaimana cara penyediaannya. Bahan-bahan penambah perisa yang dimasukkan dalam menu itu, mahupun tahap kualiti kebersihannya.
Pelbagai penyakit timbul pada dekad ini kerana mungkin cara hidup kita sendiri telah berubah. Dari kecil anak-anak sudah disuap dengan makanan segera dan kudapan yang memberi kesan jangkamasa panjang.
Semenjak kebelakangan ini tubuhku kurang cergas. Berat sudah berlebihan, dan senaman pula kurang. Sebelum terlambat, aku akan cuba memperbaiki keadaan. Dua hari yang lepas, aku memulakan proses detoksifikasi. Aku ambil cara paling mudah, sebelum aku dapat memulakan diet sihat, dan memulakan latihan kecergasan, terlebih dahulu aku mengambil persediaan herba HPA yang mampu menyingkirkan toksin dan racun-racun dalam badan. Bila perut sudah bersih, insyaAllah, diet kita akan lebih berkesan.
Sebagai pengedar produk HPA yang terkenal dengan perubatan herba, aku rasa yakin dengan sinergi produknya. InsyaAllah aku akan kongsikan dengan kalian blog niagaku itu tidak lama lagi. Sebelum menjual, lebih baik kita membuktikan komitmen kita sebagai pengguna terlebih dahulu. : )
Pada pendapatku, badan kita jadi lemah kerana faktor utamanya, kurang senaman dan latihan pernafasan. Tubuh tidak menerima kesegaran alami yang boleh diperolehi dengan cara pengeluaran peluh dan pengaturan ion yang seimbang. Banyakkan senaman, dan kawal pemakanan. Nasihatku pada diri sendiri. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Itu benar.
6 comments:
Abang Long pun pengedar HPA. Tidak aktif. Pengguna sahaja. Apa nama FB Nadine ?
Salam Nadine. Lama tak ziarah ya. Apa khabar. Nadine pengedar HPA ya. Saya pengguna saja
cantik layout awak . simple yet has an element of elegance
Nadine, kak tie berminat nak detoksid tubuh kak tie ni.. tapi tak mampulah.. tengok kat farmasi tu sampai beratus harganya. Ingat nak beli yang boleh tepek di kaki tu je.. tapi bukan sekarang. Budget selalu lari je...
Abang Long--> sebagai pengguna pun tak mengapa,sama2 kita sokong produk halal muslim.nadine byk dah tukar barangan rumah kpd produk HPA.. : ) FB cube abang long try search farra noor.
Ariff Budiman--> Alhamdulillah sihat sdr Budiman.
emm,pengguna automatik boleh jd pengedar. Sambil minum kopi Radix tu boleh promote pd orang lain.hehe
xplorer--> thanks sudi berkunjung.. : )
Tie--> Kak Tie,kalau tk silap yang koyok kaki tu dalam RM6 sekeping..nadine pun teringin nak cuba..org kate boleh reduce weight
RM6 sekeping ? Err.. betul ke ni..? Nanti nak gi check di farmasi, hehehe....
Post a Comment