Tuesday 8 September 2009

:: Sembang-sembang raya..

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Menjelang lebaran, kaum wanitalah yang paling sibuk membuat persediaan. Menghias rumah, menghias diri, tak lupa juga keperluan ahli keluarga untuk bergaya di pagi raya. Memang semulajadi kita dianugerahkan sifat sebegini. Sesuai pulalah dengan tanggungjawab kita sebagai suri dalam rumahtangga. : )

Untuk lebaran yang bakal menjelang aku belum pasti tentang persediaan yang harus aku lakukan. Baju raya? Mujur sudah beres. Kagumnya aku pada wanita-wanita yang mampu menjahit sendiri baju sendiri dan baju anak-anak. Jimat bukan? Kerana aku tak punya bakat, maka ditempah saja pada ibu saudara yang mahir. Sebelum puasa sudah dibeli kain, kerana aku kurang gemar berhimpit-himpit di gedung beli-belah di tengah bulan puasa. 'Cobaan...'

InsyaAllah, Syawal kali ini masuk tahun kedua aku dan suami dapat beraya bersama. Syukur, Alhamdulillah. Tawaran kerja di musim raya ditolak oleh suami demi untuk menggembirakanku. Kalau tak, tentu sunyi di pagi raya. : ) Untuk persiapan si dia, minggu yang mendatang baru mahu pergi meronda di sekitar KL. Lelaki kurang mengambil kisah, kurang cerewet dan tidak macam-macam yang dimahukannya. Cukup sepasang baju Melayu dan sehelai dua T-shirt.

Bila difikirkan, untuk wanita; baju kurung, blouse, tudung, kerongsang, kasut, beg tangan, dan sebagainya perlu sebagai kelengkapan diri. Itu belum termasuk sebilangan dari kita yang mengidam gelang/rantai emas baru, set sofa baru, meja makan baru, segala-galanya baru. Emm, boleh buat sang suami menggaru-garu kepala yang tidak gatal. : )

Sebagai seorang yang baru setahun jagung bergelar isteri, aku cuba belajar mendidik diri membeli mengikut keperluan. Mengutamakan yang utama. Kalau ada rezeki, barulah melunaskan hajat di hati. Perlu diingat selalu, nafsu perlu ditawan dengan akal, bukan semata-mata mengikut hati.

Apa cerita pula kuih raya, kad raya, dan duit raya..? :D
-Kuih raya 'tunjuk' atau buat sendiri?
-Ucapan melalui SMS lebih jimat dari berutus kad raya?
-Duit raya RM1 masih relevan kan...? : )

Tak ketinggalan.. balik raya, kampung siapa..? : )

Emm, cukuplah setakat itu. Yang sebenarnya tak semua berlegar dalam kotak fikiran. Sengaja berkongsi cerita raya bersama teman-teman semua, terutamanya kaum wanita yang menjadi individu paling sibuk musim-musim begini.

Bak kata pengetuaku dalam mesyuarat petang tadi.. demam raya tu simpan-simpanlah dulu, wahai cikgu semua... Hehe.. jangan pula sampai kerja terabai.. dan yang paling penting, amal ibadah kita di bulan Ramadhan.. itu yang lebih utama.. InsyaAllah, hari-hari esok, kita akan lebih beringat. Salam Ramadhan dariku.. selamat malam..



One Drop Perfumes WOMEN Celebrities' Special

p/s: Pemberian suami sempena Aidilfitri.. menggantikan botol wangian lama yang sudah kosong.. Boleh tahan, wangiiii.. : )

8 comments:

etomyam said...

Salam menjelang 'raya'....susahnya bila ramai yang masih memegang kata-kata 'RAYA HANYA SETAHUN SEKALI'....heheh

en_me said...

wahh pinky pinky ghitewww..

Arin said...

tahun nih kami berserderhana..untuk anak2 didahulukan..mak and pak mana leh recycle baju yang 2 tahuns ekali pakai tuh, recycle le.hehhehe..

Tie said...

Ooo...kak tie suka one drop perfume tu... Ada satu botol je, anak yang belikan... hehe... Nanti nak cuba cari satu kotak laa...

ummi mien said...

suweetnya dpt perfume. salam lebaran ye embe.rindu nya kat ko.

@tune® said...

perempuan oh perempuan..

nafsunya...ermmmmmmmmm

TokNabe said...

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

”Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails