Friday, 26 June 2009

:: Noktah Yang Ternama..

Michael Jackson meninggal dunia. Aku tahu khabarnya melalui berita yang disampaikan oleh Paknil di radio Era pagi tadi. Begitu ramai yang menggilai Raja Pop itu, dan sudah pasti para peminatnya di seluruh dunia begitu sedih dengan pemergiannya yang boleh dikatakan mengejut.

Begitulah, bila ajal telah datang menjemput, kita sebagai manusia tidak boleh lari walau sedetik pun. Kita perlu akur yang mana usia itu bukanlah satu kayu pengukur selama mana kita akan hidup di dunia pinjaman sementara ini.



Perjuangan Michael Jackson dalam industri muzik boleh dibanggakan. Banyak lagu-lagunya mampu memberi inspirasi kepada masyarakat dunia. Ada 'semangat' barangkali. Lagu Earth Song ini ku pilih sebagai salah satu karyanya yang terbaik. Bercerita tentang kemusnahan dunia, Michael Jackson menyampaikannya dengan penuh penghayatan.

~Salam perpisahan yang terakhir buat beliau.. Ada yang mengatakan beliau telah memeluk Islam sekitar tahun 2008 dan menukar namanya kepada Mikaeel. Wallahua'alam.. Meninggal dunia dalam Islam adalah satu keberuntungan buat beliau, begitulah hendaknya..

7 comments:

kayteeze said...

Dia nampak pelik di mata dunia, bagi kak tie, sebenarnya dia amat2 kesunyian....

Moga2 rohnya aman.....

insan marhaen said...

Kalau benar dia memeluk Islam dengan ikhlas, muga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Amin!

@tune® said...

kite pon ske lagu nih,,,
moga rohnya dicucuri rahmat

mr. hafis said...

dia seagama dengan kita.

Nadine Zuharra said...

kayteeze--> kebahagiaan bukan terletak dari pandangan mata orang lain kan kak tie..?

insan marhaen--> moga begitu hendaknya..

@tune®--> banyak lagu2 MJ yang best2.. tak jemu didengar..

mr. hafis--> Alhamdulillah..

zulfitry.com said...

aku dengar berita pasal michael nih dekat twitter..

Stanley said...

I love this song, its so beautifully haunting. Bloghopping btw, nice to have stumbled on your blog!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails