Tuesday 26 May 2009

:: Yang tidak terlupakan..

Sejauh mana keakraban kita adik-beradik..? Sebagai anak sulung, aku gembira dengan tanggungjawab yang seakan telah terletak di bahu kerana itu semua menjadikan aku lebih matang. : )

"Tolong tengokkan adik, mak nak memasak." pesan emak.
"Kakak, ambilkan botol susu adik.." kita juga akur.

Dan agak berat juga jika kita diminta mendodoi adik tatkala teman sudah menunggu di luar untuk mengajak bermain. Oh, dalam pada merungut, diselesaikan juga dengan sebaik mungkin.

Hatta jika adik menangis tak semena-mena pun kadangkala kita yang dipersoalkan, umpamanya kita telah berbuat sesuatu yang menyakiti adik.

Walaupun sesekali timbul perasaan negatif terhadap adik-beradik akibat perselisihan faham, esok lusa pasti kasih bertaut semula. Bermasam muka tidaklah lama, kecuali egois yang wujud di kala dewasa saja yang seringkali menggugat hubungan silaturrahim ini.

Begitulah antara kenangan yang sinonim dengan kisah hidup kita dalam sebuah keluarga. Bila menginjak dewasa, hubungan menjadi bertambah kompleks dan kita juga pasti sudah mengetahui hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

Di sini akan wujud toleransi dan sikap bertolak ansur. Kasih sayang inilah yang amat berharga bagi kita. Sesuatu yang bernilai dan tidak dapat ditukar ganti.

Mengimbas memori masa kecil seringkali menggamit senyuman. Bila kita semua telah meningkat dewasa, seterusnya memcorak hidup dalam haluan yang berbeza , kadangkala kita akan terasa rindu dengan zaman kecil kita. Apatah lagi jika sesekali dapat berkumpul bersama adik-beradik dan berkongsi cerita pahit manis lewat usia yang telah lalu.

Peluang dapat bertemu terutamanya di waktu kelapangan seperti musim cuti am dan sambutan perayaan, perlulah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Selain berkumpul di rumah, aktiviti seperti perkelahan, bersiar-siar seisi keluarga mahupun acara 'makan-makan' mampu memberi kesan yang positif. Ia akan membuatkan semua orang berasa senang hati dan gembira. Bagi keluarga besar, ia menjadi bonus kerana sudah pasti suasana akan menjadi cukup meriah.

Walaupun jauh di mata, tidak semestinya hubungan sesama keluarga menjadi hambar. Komunikasi masih boleh diteruskan dengan panggilan telefon, email, dan sebagainya. Hidup dengan sokongan serta dorongan daripada individu lain adalah lebih indah dan sempurna. Sememangnya, fakta ini boleh dipercayai.

Perhatian, terutamanya dari ahli keluarga sendiri membuatkan kita rasa lebih gembira dan yakin pada diri, dan ianya bagus untuk kualiti kehidupan kita. Renungkanlah, dan bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan kita sebuah keluarga dan adik-beradik untuk kita berkongsi segala. Tanpa mereka, pasti dunia kita tidak seperti apa yang kita nikmati kini. Sekian, salam manis buat semua.. : )

10 comments:

Abang Long said...

Air dicincang takkan putus.

Perlu diusahakan program untuk seluruh keluarga, supaya wujud kemesraan.

Arin said...

betul..arin setuju!

TokNabe said...

Carik-cari bulu ayam, akhirnya bertaut jugak.

Neeza Shahril said...

adik beradik kalau gaduh macam mana pun, satu hari tetap akan berbaik semula..
mereka datang dari tempat yang sama kan ;)
Jadi, jangan lah orang luat (ipar duai tu la) cuba nak meracun2.. silap2 diri sendiri teracun..

kecik2 dulu akak memang selalu kena jaga adik.. akak anak sulung.. letih jugak.. sekarang anak akak pulak kena jaga adik2 dia hehe..

@tune® said...

cikgu..saye sayang kakak² saye...
kerana mereka sentiasa ade disisi saye tatkala saya dlm kesusahan

zamdotcom said...

terkenang semasa kecil..
sebagai abg sulung banyak tanggungjawab yg perlu dilaksanakan..sehingga kini masih terasa..


p/s: sayang pada adik2

Anonymous said...

Kak tie pun anak sulong...

Agaknya kerana itu kak tie suka mengalah, tak suka konflik dan lebih rela berdiam je....

Jie said...

kecik2 tu bergaduh, bila besar mesti rapat..yg tak gaduh2 tu...bila dah besar tak de apa nostalgianya

Ismail N said...

ikatan kekeluargaan tak sama dgn friendship etc. Always ada something yg extra special about it. Kan?

azeel said...

itu yang sedang aku didik kepada anak-anakku ... semoga persaudaraan mereka bertambah erat, semoga mereka akan mampu menjaga diri sesama sendiri,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails