Wednesday 24 December 2008

:: Siapa dia Muntadar al-Zeidi..?

Isu ini memang hangat. Masih tetap hangat walaupun sudah lebih seminggu ia berlalu. Muntadar al-Zeidi. Bukan calang-calang nama yang disebut ini. Beliau disanjung tinggi dan terkenal di pelusuk dunia.

Merupakan salah seorang wartawan bagi saluran televisyen Iraq, apa yang membuatkannya layak diangkat menjadi wira, cumalah berpunca dari sepasang kasut; cenderamata penghargaan yang dibalingnya ke arah Bush, seorang yang punya nama tetapi ramai yang benci untuk menyebutnya.

Kejadian ini berlaku ketika sidang media Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki; (pemimpin boneka yang sangat menyayangi Bush kerana terlihat cuba menangkap kasut-kasut yang dibaling agar tidak terkena pada teman baiknya itu. Kemudiannya pula, memberi arahan agar Muntadar segera ditangkap dan ditahan).

Bush masih sempat bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.” Ahh, angkuhnya dia menyembunyikan malu dalam dada.. sedangkan semua orang dapat menyaksikan wajahnya yang pucat dan seolah-olah tidak percaya akan situasi yang dihadapinya ketika itu.

Apapun spekulasi yang timbul selepas itu, Muntadar al-Zeidi tetap tersenyum puas. Ramai yang bertepuk tangan bersama-samanya sebagai tanda berpuas hati dengan pengakhiran tahun 2008 ini. Pengakhiran yang menyakitkan.. bagi Bush.

Seperti firman-Nya di dalam al Quran:

"...orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin.. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.."
(Q.S. An Nisa': 139)

10 comments:

@tune® said...

dialah Hero

Anonymous said...

dua balingan, seribu makna.

Anonymous said...

kat dunia arab kasut. kat dunia malaya PENYAPU. BROOOOM!

Anonymous said...

walaupun saya suka tgk si bush tu kena baling, namun saya harap family Muntadar al-Zeidi tak merasa kesan atau di tekan selepas ini.

Anonymous said...

sung the unsung hero

KARKADEWA said...

ah...
blom cukup dgn hanya balingan kasut...
tp klu kene tepat mungkin gua akan melonjak gembire mase tu...

nadinezuharra said...

emm,tak terbayar oleh Bush harga penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh para pejuang,isteri2 mereka dan anak2 yatim yang menjadi mangsa peperangan di bumi Arab..semuanya gara-gara dia yang bertopengkan ......*

Anonymous said...

kemarahan yg x leh diluahkan...nasib baik kasut, kalau kamera mau pecah muka si 'SEMAK' tu....tapi takut lepas ni si Kroni 'SEMAK' tu akan kacau family wartawan tu...

Shemmi said...

dengar kata paper..laku giler kasut ni skang...ramai org order since insiden tu..kilang kena tmbh pengeluaran..haha...kasut yg akan dikenang sepjg zaman!

nadinezuharra said...

haah shemmi..secara tak langsung glamour pula kasut ni..patutnya dilantik saja al-Zeidi ni jadi duta jenama mereka.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails