Aku baru usai makan tengahari. Hari ni makan mi segera sahaja. Tiba-tiba teringin kerana sudah lama tak menjamahnya. Bukan yang '2 minit cepat dimasak' ya.. kerana aku agak rajin untuk menumis bawang dan menambah bahan-bahan perencah yang lain seperti ayam, sayur, fishball, dan tak lupa juga sedikit daun sup serta bawang goreng. Emm, barulah berselera nak makan. Hehe..
Sesudah menghidupkan skrin komputer, yang pertama sekali sudah pasti membaca berita online yang memberi aku persepsi baru tentang perbezaan hari ini dengan semalam. Kemudiannya seperti biasa aku akan membuka blog milikku dan secara tak langsung melihat apa-apa yang terkini tersaji di dalam blog teman-teman yang lain.
Aku suka baca blog. Aku suka meneliti sesebuah laman web. Ia menjadi hobiku sejak dari dulu sinonim dengan tabiatku yang sukakan bahan bacaan, tak kira buku, majalah, atau komik sekalipun. Sehari tak membaca aku akan merasakan diriku seperti katak. Ya, katak di bawah tempurung.. ^_^
Yang sebenarnya, aku mula berminat untuk berblog kerana aku rasa seperti aku bisa mewujudkan sebuah kehidupan lain yang selari dengan kehidupanku di dunia yang nyata ini. Blog berada di dunia maya. Dunia yang istimewa di mana kita boleh berbicara dan mendengar tanpa ada mata-mata yang memandang seperti musang lagaknya. Kita lebih bebas, tapi bukan bebas yang tak bertempat kerana yang pastinya dunia maya ini juga masih ada adat resam dan peraturan yang perlu kita patuhi.
Dulu saja aku ada 2 halaman blog yang akhirnya bersawang kerana ditinggalkan gara-gara sibuk di dunia realiti. Tak sangka ianya masih hidup dan aku tak bisa membuangnya kerana sudah kehilangan kata kunci. Ahh, biarlah ia di situ kerana tiada siapa yang akan mengetuk pintunya lagi. Aku tersenyum. Ya, aku akui aku telah mula menyemai rasa sayang pada blog yang aku 'lahir'kan pada kali ini. Mungkin aku akan memperuntukkan lebih banyak masa untuknya kerana aku pasti rasa bersalah sekiranya aku tidak bertanggungjawab atas apa-apa saja yang menjadi kepunyaanku.
Menyebut tentang kasih dan sayang.. emm, bisa saja orang jatuh cinta di dunia ini, dunia maya. Berkenal-kenalan, berkasih-kasihan dan pada akhirnya cinta itu akan dibawa juga ke dunia nyata. Dunia realiti. Aku dan si dia juga bermulanya begitu 6 tahun dahulu dan kini kami tetap bahagia. Kerana itu aku tak merasa jengkel dengan mereka yang menyemai bibit kasih di alam siber ini. Ia sekadar pengantara, yang penting diri yang berdiri di alam nyata ini perlu bekerja keras untuk membuktikan apa yang terluah di dunia maya itu, bukan sekadar omongan kosong, atau mimpi semata-mata.
Jari-jemari ligat menaip papan kekunci yang terus menerbitkan ayat-ayat yang datangnya dari hati dan juga akal. Dalam masa yang sama aku juga turut membayangkan, pasti ada insan lain yang berada dalam situasi sama seperti aku pada masa ini. Berjuta-juta orang di dalam dunia, janganlah kita ingat kita cuma sendirian dalam melakukan sesuatu. Jika kita fikir kita bijak, ada mereka yang lebih bijak dari kita. Jika kita fikir kita handal, ada yang jauh lebih handal dari kita. Juga pada mereka yang bertanding siapa yang paling hebat. Sesungguhnya hanya Tuhan yang maha sempurna dalam segala-galanya.
Aku dan blogku, kuanggap sekadar cebisan dari sebuah kisah. Kisah yang ada permulaan dan ada pengakhirannya. Di dalam perjalanan itu, aku akan berjalan bersama-sama mereka yang sudi menemaniku. Kadangkala ketawa gembira, sekejap pula redup kerana berduka. Apabila diri terasa lelah, tak mengapa berhenti seketika untuk berehat. Apa yang penting, isi-isi dan pengalaman yang akan kita kutip sepanjang perjalanan. Yang cantik akan kita simpan, dan yang buruk pula akan ditinggalkan di pinggir jalan. Semoga perjalanan ini akan menjadi sesuatu yang indah buat kita semua.
Begitulah pandanganku tentang apa-apa yang tercatat sebelum ini mahupun yang akan datang di dalam ruangan blogku ini. Aku cuma mahu gembira dan jika ada yang mahu berkongsi, aku tiada pula sebarang halangan. Kerana aku juga suka untuk mengintai kehidupan kalian di ruang sana..
Baiklah..aku ingin beristirehat dan memberi masa untuk tugas lain pula. Ya, dunia maya dan dunia realiti perlu berjalan seiringan, barulah kita tidak akan keciciran..(telahku sambil tersenyum lagi). Salam buat semua...
p/s: Apa pendapat kalian tentang dunia maya ini dan sejauh mana ia memberi pengaruh pada kehidupan kalian..? Sudilah kiranya berkongsi denganku kerana kita melalui liku-liku jalan yang sama..
7 comments:
seronok baca karangan awak..rajin awak ni yer ^^
p/s: tak reti menulis dan menaip ^^
bagusla...ade hobi lain...enulis hobi yg baik
bila nak kasik kite2 baca novel Nadine?lom habis ker?hehe!
~dunia maya~
tempat untuk mengenali diri dgn lbh mendalam...
kdg..org bebas berkata ttg diri kite tanpa risau kita nampak wajahnya..
dgn itu..kite akan sedar dimana kurangnye diri kita...
sekian, selamat beramal!
z@md0tc0m ^^-->wahh,sebut pasal karangan teringat zaman sekolah dulu..tapi,saya bukan kategori orang rajin sebenarnya..ikut mood shj.. : )
@t00neY r00neY®-->hobiku yang bertukar2 mengikut peredaran masa..
Hobi @tune apa pula?
Shemmi @ Tachi~Hajime-->malulah nak cakap..belum jadi novel pun lagi..seandainya dah siap nnti,kita bagi shemmi bace dulu n komen ok..?hehe
*orang kalau berkata tentang kita,ada yang positif,dan ada yang negatif..tapi,yang negatif tu selalunya akan buat kita rasa down..emm,lebih baik kita cuma dengar pandangan mereka yang betul2arif ttg diri kita,barulah kata2 mereka 100% boleh digunapakai..
Menulis blog adalah satu fenomena dalam dunia internet sekanag ni. Ramai yang melahirkan apa yang mereka lalui dan mereka rase dalam blog. Mungkin takder tempat lain yang nak diutarakan. So diman di Blog laa kan. Sebab blog orang lain boley tengok. Boley membantu memberikan pendapat. So satu hobi yang bagus sekali.
dunia maya sekadar tempat akoo menulis benda yang tak pernah akoo pelajari dikelas, tapi berdasarkan pandangan dan pengalaman diri sendiri dan orang. huhu. bley tahan la tulis kat belog nie. pujian dan makian cam best je dapat. ahakz!
chuckiesd-->emm,betul..dr blog jg kita dapat mendengar luahan dan pemikiran orang lain dari sudut yang berbeza..
Sweet Thinker-->yup,belajar dr pengalaman itu lebih 'sempurna'..pujian dan makian pula sudah asam garam kehidupan..mungkin itu yang mematangkan kita..? ; )
Post a Comment