Saturday 29 November 2008

:: love | Vampire?

Cerita cinta remaja. Begitulah yang aku dapat simpulkan dari imej yang tertera. Ada yang mengatakan tak sabar-sabar nak menonton movie ini di pawagam. Namun begitu, terselit juga komen-komen negatif yang dikeluarkan oleh pengulas filem yang dah melihat dan menilai cerita ini. Emm, yang pastinya esok aku bercadang mahu menontonnya. Tak kisahlah sama ada menarik atau sebaliknya, tapi aku memang suka cerita yang ada vampire..hehe. Dulu aku berulang kali menonton filem Interview With The Vampire lakonan mantap Brad Pitt dan Tom Cruise. Juga filem Underworld, Van Helsing, Blade serta beberapa filem lain yang aku tak ingat judulnya. Namun begitu tidaklah sampai terlalu teruja dengan perkara yang tak masuk akal ini. Sekadar lakonan yang jalan ceritanya direka oleh mereka yang suka berimaginasi. Mana ada manusia yang menjadikan darah sebagai makanan untuk hidup. Manusia 'cekik darah' adalah.. : )

Yang sebenarnya minggu lepas aku dan temanku di sini, Kak Siti sudah merancang Ahad ini mahu ke Safari World, Bangkok bersama seisi keluarga. Safari World tempat di mana pengunjung dapat menyaksikan haiwan liar hidup dalam persekitaran yang terbuka dan bebas. Terdapat juga pertunjukan haiwan laut, western cowboy stunt, orang utan ber'boxing' dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Namun, yang dirancang tak menjadi kerana keadaan tak mengizinkan. Mungkin kami tangguhkan dulu trip ini ke masa yang lain bila mana semua kekecohan di kota ini kembali reda. Keselamatan diri yang paling utama, so cukuplah jalan-jalan cari makan di kawasan yang berdekatan sahaja. : )

Okey, setakat ini sahaja coretanku untuk minggu ini, kita jumpa lagi di minggu hadapan. Salam buat semua, have a nice day! ^_^

7 comments:

@tune® said...

would like to go Bangkok..mcm nice place..tp mcm2 kn skang nih...kene postpone dulu la...

kbguy said...

Cuma nak tumpang tanya, kalau cerita inggeris kat panggong di Bangkok, mereka alih suara ke Bahasa Thai ke ? Habis macam tu, kamu faham ke bahasa Thai ?
Saya pernah ke Safari World dahulu.Kalau tak silap lokasinya berdekatan dengan kawasan taman perumahan, kan ? Berdekatan dengan bandar Bkk.

13may said...

soo...berapa bintang bleh kasi untuk citer nih??? hehhe hehhe

nadinezuharra said...

@tune--> welcome to bangkok..mmg best sini kalau kite mmg kaki jln..tp tunggulah lps semuanya ok,at now,bangkok aman,tp sesetengah kawasan je yang 'darurat'..

kbguy--> english movie selalunye still in english language,cuma ada subtitle thai shj.kalau movie tu dah agak lama br mereka akan alih bahasa ke bhs thai..DVD pun sama..safari world tu saya tk pernah pergi lg,tp kalau ikut dlm map tu,betullah apa yang you ckp,n dkt juga dengan area golf club..

13may-->huhu,3/5 bintang ajerlah..tp location scene2 dlm cerita ini mmg sgt2 cantik..sebenarnye jln cerita die mmg boleh jadi hebat tp mungkin skrip yang sedikit longgar,membuatkan emosi cerita ini tak cukup kesampaian.Dgr2 ada sequel lagi nnti..hopenya lebih menarik dr yang ini..

Anonymous said...

tak balik ke malaysia ke? dah makin kelam kabut nampaknya di Siam tu

nadinezuharra said...

etomyam-->mmg nak blk,tp tunggu airport bangkok buka..leceh pula nak pergi ke utapao airport(2 jam dr sini)sbb di sana pun suasana kelam kabut jg..
-cadangnya nak sambut new year 09 di KL..: )

Anonymous said...

Sekali tgk cam Brandon Lee - The Crow la plak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails