Friday, 26 September 2008

:: Salam Syawal..


Salam Syawal buat semua yang singgah di blog ini..Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya..dan jauh di sudut hati, sedih menyelubungi kerana kita pasti akan merindui bulan yang penuh dengan ketenangan dan keberkatan ini, sesudah ia berlalu pergi..

Di kesempatan ini..kususun sepuluh jari memohon kemaafan andai tersalah silap kata dan laku di masa-masa yang terdahulu..sama-samalah kita mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita dan yang penting..ingatlah orang yang tersayang..pulanglah..demi secebis senyuman di bibir mereka, menyambut ketibaan anakanda tercinta...

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dariku sekeluarga...

p/s: Dalam perjalanan pulang ke desa, janganlah kita berlumba di jalan raya..biar lambat asalkan selamat..InsyaAllah..

:: Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah..

..iLuvislam.com..

Saturday, 20 September 2008

:: Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1... Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga " (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2... Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3... Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4... Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5... Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6... Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

..iLuvislam.com..
p/s: rebutlah pahala yang dikurniakanNya kepada suami isteri yang beriman..sesungguhnya kehidupan di syurga itu adalah keindahan yang abadi..

Monday, 8 September 2008

:: Hargailah Sebuah Kehidupan



"Kita hidup di hari ini untuk apa? Apa tujuannya?"

Ada manusia yang tertanya-tanya mengapa ia hidup, apa peranannya di muka bumi ini. Ada manusia yang menghabiskan masanya dengan bersukaria sebab dirasanya hidup ini hanya untuk di dunia sahaja. Ia menumpukkan harta benda, wang, isteri dan anak-anak dibiarkan tidak terbela jiwanya.Ada juga manusia yang tidak tahu mengapa ia dijadikan, lalu menyesal dengan dirinya. Walaupun hidup dengan serba kemudahan. Jiwa terasa kosong, lalu ia mencari dirinya - dikaji segala kemungkinan mengapa manusia hidup di dunia.

Mungkin sahaja ia mendapati sains dapat menyelesaikan persoalan yang sudah bertalu-talu datang di dalam pemikiran. Malangnya - anaknya yang mati - ia tidak dapat menerima walaupun dirinya hebat untuk mengubat. Akhirnya ia membunuh diri kerana kecelaruan fikiran dan sudah sampai batasan akalnya memikirkan kehidupan tanpa panduan..Ada juga yang mahu menjadi baik di sepanjang kehidupannya. Menderma, menolong orang susah, menjaga nama baik diri, keluarga dan jiran-jiran. Ia disenangi orang, sehinggalah ke matinya. Tetapi sayang.. di dalamnya tetap ada kekosongan, iaitu tidak percaya kepada Tuhan.Ada juga manusia yang hidup sekadar meneruskan penghidupan, ia tidak kisah ke mana ia akan pergi selepas itu. Tidak kisah samada kebaikan atau kejahatan, tetaplah dikerjakan.

Di sana ada manusia yang hidup terlantar di katil hospital, di temani dengan segala jenis pil, balang oksigen. Setiap waktu jururawat dan doktor akan datang untuk memeriksa urat nadinya. Lalu ditulis perkembangan kesihatan, samada bertambah baik atau bertambah buruk.Di luar pula - ada pula manusia yang mati tanpa menunjukkan tanda ada penyakit. Ramailah yang meninggal dunia di atas jalanraya, dalam peperangan, ketika sedang bersukan, semasa dalam keadaan berehat, duduk, tidur, menari-nari dan sebagainya berbanding mereka yang dalam kesakitan.

Allah mengajar mengapa kita semua dijadikan :

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. "
(Surah Ad-Dzariyyat ; 56)

Apa yang kita isi dalam kehidupan? Sesaat, dua, mungkin bagi kita tidaklah penting, tetapi ingatlah apa yang berlaku sepanjang masa tersebut amatlah penting. Setiap perbuatan dari apa yang kita fikirkan amatlah berharga. Malanglah sekiranya perbuatan tidak diukur dengan semasak-masaknya. Hasil dari perbuatan dan kesannya jika ia adalah buruk. Maka tentu di bahu-bahu kita sudah tertulis dengan kejahatan. Apatah lagi sekiranya ia melibatkan hubungan dengan manusia yang tentunya lebih berat ditanggung nanti.Apa yang kita lalui di dalam kehidupan, setiap detik dan waktunya amatlah penting dan berharga. Tersilap percaturan buruk padahnya..

1. Sudah langsaikah hutang piutang? Hak Allah? Hak sesama manusia?
2. Berapa ramai yang disakiti hati mereka?
3. Sudah sampai manakah jalan yang dipilih? Semakin benar atau salah?
4. Sumbangan kepada jalan agama?
5. Amal jariah yang disimpan untuk bekalan di akhirat sana?
6. Kehendak dan keinginan - yang manakah lebih utama?
7. Apa kisahnya hal aqidah, syariat dan akhlak pada diri? Isteri? Keluarga?
8. .......Di sini ada jawapannya dari Allah :

Katakanlah "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. "
(Surah al An'am ; 162)

Fahamilah sebuah kehidupan untuk dihargai dan diberi makna di dalamnya. Walaupun susah, sukar, payah dan getirnya.. lalui juga sebagai seorang insan yang beriman...

..anak pejuang..
p/s: moga hati kita terkesan dengan apa yang terkandung dalam artikel ini.InsyaAllah..

Monday, 1 September 2008

:: Amalan baik sepanjang Ramadan

1. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadan.
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadan.
4. Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir surah al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan solat Tarawih 20 rakaat.
6. Bertadarus secara beramai-ramai.
7. Solat jemaah setiap waktu.
8. Solat berjemaah di masjid atau surau.
9. Amalkan qiamullail walaupun sekejap.
10. Sahur pada akhir waktu
11. Untuk mengelak makanan tidak hadam ketika bersahur, elak mengambil makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12. Mandi janabat sebelum imsak.
13. Kurangkan tidur.
14. Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh.)
15. Tunaikan solat Dhuha.
16. Tidur waktu cuti (sejam sebelum Zuhur).
17. Tunaikan solat sunat Rawatib.
18. Jaga pancaindera.
19. Elak mengosok gigi pada waktu petang.
20. Selalu hadir majlis ilmu.
21. Buat baik kepada ibu bapa.
22. Isteri hendaklah taat kepada suami.
23. Banyak bersedekah.
24. Berbuka dengan tiga biji kurma dan air mineral.
25. Berbuka bersama orang tua.
26. Jemput tetamu berbuka.
27. Kurangkan berat badan.
28. Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca. al-Quran, solat dan berzikir di masjid.
29. Perbaiki hubungan suami isteri.
30. Perbaiki hubungan dengan jiran.
31. Isteri elak keluar rumah memakai mekap dan perhiasan.
32. Elak berbelanja berlebihan.
33. Tingkatkan kesabaran.
34. Banyak berselawat, istighfar dan bertasbih.
35. Berazam untuk beramal pada malam Lailatul Qadar.
36. Mengejutkan isteri dan anak pada malam Lailatul Qadar.
37. Elak menonton televisyen yang mengandungi bahan yang boleh menaikkan nafsu.
38. Elak mendengar radio berunsur hiburan.
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40. Jauhkan perbuatan bercumbu dengan suami atau isteri.
41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia.
42. Melazimkan solat waktu.
43. Elak bersiar-siar sebelum berbuka sehingga boleh mengurangkan pahala berpuasa.
44. Elak banyak berhutang.
45. Merasa sedih meninggalkan Ramadan kerana bimbang tidak bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
46. Tunaikan zakat fitrah.

Sama-samalah kita menambah ilmu dan amal kita di bulan yang mulia ini.Moga rahmat Allah SWT senantiasa bersama kita.InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails