Hari yang sungguh..... letih. Tetapi bahagia. Demi 'mereka'.
Friday, 12 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
:: Bekas pemain bolasepak kini terlantar sakit
Tubuh yang dulunya segar dan sihat, kini terlantar tidak berdaya. Ezmi Md Jan, adalah bekas pemain Selangor(1999) dan Perlis(2000), sebelum bermain untuk MPSJ dalam Liga FAM. Dua tahun sudah dia tidak lagi berupaya untuk bekerja lantaran menghidap penyakit kanser hidung yang kini sudah menjangkau tahap keempat.

Dengan sumbangan wang ringgit dan juga titipan doa yang ikhlas dapatlah kita para blogger semua membantu meringankan bebanan saudara Ezmi yang turut mempunyai sepasang cahaya mata berumur 10 dan 7 tahun. Bapa tunggal ini kini dijaga oleh ibunya di alamat :
1332, Kg Sentosa, Batang Kali
Tel: 03-60571804
*Akaun Maybank: Siti Mariam Md Jan (adik Ezmi)
1620 7659 4008
Sebar-sebarkan berita ini. Terima kasih, sahabat.
Tuesday, 14 August 2012
:: Favourite!
Salam Ramadhan.. masing-masing sudah sibuk dengan persiapan raya.. bagaimana pula dengan teman-teman semua..? Harapnya semua berjalan lancar..
Baju untuk lebaran saja sudah ku sediakan. Yang lain-lain masih belum lagi.. sengaja menunggu last minute baru terasa keseronokannya.. Tak pasti samada petang esok atau lusa ingin menjengah Jalan TAR untuk mencari serba sedikit barangan. Selebihnya meraikan kemeriahan bersama penduduk kota yang pasti penuh sesak di sana. : )
Juadah berbuka hari ini gulai lemak cili api daging salai. Menu favourite mungkin kerana sudah 3-4 kali aku menjamahnya dalam bulan puasa ini. Bukan air tangan sendiri tapi ku beli dari Pasar Ramadhan. : ) Alhamdulillah dengan rezeki dariNya.. dapat juga kita menikmati makanan yang enak-enak. Terkenang jua dengan nasib insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana. Kadang kala berbuka dan bersahur tiada apa yang hendak dimakan. Bersyukurlah kita kepadaNya.
Emm, saban tahun menjelang raya tertunggu-tunggu iklan kreatif di layar kaca. Nah, ini satu yang memberi pengertian yang indah. Sampai bertemu lagi.. Semoga kalian ceria bersama keluarga tersayang.
:: credits to Erna Salihuddin's photostream@flickr.com
Wednesday, 1 August 2012
:: Erti Al-Fatihah
Sekadar mahu berkongsi.. Makna Al-Fatihah yang dibaca sehari-hari. Amat indah jika kita benar-benar memahaminya tatkala kita menyembahNya.. dan tidak lupa juga segala bacaan yang kita baca sewaktu solat lima waktu. Berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah dipermudahkanNya.. Aminn.
Tuesday, 24 July 2012
:: Sedetik
Di kala gelap pekat malam
Duduk sujud menangislah padaNya
Pasti itu buat kau tenteram
Dingin angin menyentuh wajah
Hangat mutiara jernih mengalir
Hati tenang dipeluk kasihNya
Dia Maha Melihat
Dia Maha Mendengar
Dia Maha Mengetahui
Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
dan kau takkan terlepaskan walaupun sedetik
Subscribe to:
Posts (Atom)




