Tuesday, 14 August 2012

:: Favourite!


Salam Ramadhan.. masing-masing sudah sibuk dengan persiapan raya.. bagaimana pula dengan teman-teman semua..? Harapnya semua berjalan lancar.. 

Baju untuk lebaran saja sudah ku sediakan. Yang lain-lain masih belum lagi.. sengaja menunggu last minute baru terasa keseronokannya.. Tak pasti samada petang esok atau lusa ingin menjengah Jalan TAR untuk mencari serba sedikit barangan. Selebihnya meraikan kemeriahan bersama penduduk kota yang pasti penuh sesak di sana.  : )


Juadah berbuka hari ini gulai lemak cili api daging salai. Menu favourite mungkin kerana sudah 3-4 kali aku menjamahnya dalam bulan puasa ini. Bukan air tangan sendiri tapi ku beli dari Pasar Ramadhan. : ) Alhamdulillah dengan rezeki dariNya.. dapat juga kita menikmati makanan yang enak-enak. Terkenang jua dengan nasib insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana. Kadang kala berbuka dan bersahur tiada apa yang hendak dimakan. Bersyukurlah kita kepadaNya.

Emm, saban tahun menjelang raya tertunggu-tunggu iklan kreatif di layar kaca. Nah, ini satu yang memberi pengertian yang indah. Sampai bertemu lagi.. Semoga kalian ceria bersama keluarga tersayang.





:: credits to Erna Salihuddin's photostream@flickr.com

Wednesday, 1 August 2012

:: Erti Al-Fatihah


Sekadar mahu berkongsi.. Makna Al-Fatihah yang dibaca sehari-hari. Amat indah jika kita benar-benar memahaminya tatkala kita menyembahNya.. dan tidak lupa juga segala bacaan yang kita baca sewaktu solat lima waktu. Berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah dipermudahkanNya.. Aminn.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails